Selamat datang ke Galeri Seni Kakak. Tempat untuk kakak letak hasil kerja akak untuk tatapan nenek dan semua makcik-makcik..
RSS

Sunday, December 19, 2010

Percutian Di Langkawi

Awal cuti sekolah saya, keluarga, bibik, atuk dan nenek pergi bercuti ke Langkawi. Kami ke sana dengan menaiki kapal terbang. Di sana saya tidur di hotel empat hari tiga malam. Di sana, saya melawat Makam Mahsuri, Underwater world,Taman Buaya, Kereta Kabal,Taman ular, Beras tebakar, Oriental Village, Penguin Watch, Dataran Lang, Durian perangin waterfall, Telaga air hangat dan Black sand beach. Saya seronok di Langkawi kalau ada peluang saya datang lagi bye...

Wednesday, September 22, 2010

Aku Ialah Pensil


Kerja rumah Kakak semalam.. 10 minit je kakak tulis karangan ni.. Kakak kate cikgu suruh tulis cerita aku ape-ape.. Aku ikan ke, aku buku ke.. Bile siap, kakak tulis cite Aku Pensil.. Dah pandai anak mama tulis karangan..

Saturday, August 14, 2010

Anggota badan kita

Anggota badan kita sangat berguna untuk kita tau. Bila kita mendengar bunyi kita gunakan telinga kita. Kita merasa makanan-makanan gunakan mulut dan lidah kita. Kita melihat benda dengan mata kita tau semua...

1 Rakyat Malaysia

Hai... Saya orang Islam. Saya bersyukur kerana Allah yang cipta kita. Kami di cipta dengan tanah. Terima kasih Allah kerana jadi kan kami berbagai bangsa. Saya bersyukur kerana dapat kawan yang berbagai bangsa. Amin.

Percutian Saya

Pada hari Jumaat saya dan keluarga saya pergi ke Terengganu. Saya tidur di hotel Merang Suria. Petang-petang saya dan saudara saya ke pantai. Saya mandi kat laut. Adik saya main pasir dengan Adik saudara. Hari Sabtu saya pergi ke majilis perkahwinnan hari Ahad pun sama juga. Kami seronok bersama-sama.

Sunday, July 4, 2010

Canvas Art

Hasil pertama..

Hasil kedua..



Saturday, May 8, 2010

Di kampung nenek kokok

Pada hari Sabtu saya dan keluarga saya pergi ke kampung nenek kokok. Di sana ada kucing, ayam, motor, anak ayam dan ada kebun. Di kebun atuk ada banyak lembu. Nama kucing nenek Cak dan Tompok. Cak dan Tompok kena main di luar sahaja sebab nenek tak bagi mereka masuk rumah. Saya selalu naik motor atuk saya untuk pusing satu kampung. Kampung nenek kokok memang seronok.

Wednesday, May 5, 2010

Abang saya suka membaca buku

Pada suatu hari abang saya suka baca buku. Tajuk buku itu pasal bunga, rumah, pokok, sekolah, kasut dan rama-rama. Abang saya suka membaca buku. Abang saya cakap "membaca itu penting". "Terima kasih abang kerana memberi tahu saya".

Saya ada kucing baru

Pada hari Ahad Ibu saya belikan saya benda. "Ibu di dalam bekas plastik itu apa?" Ibu pun berkata "cuba teka". "Mana akak nak tahu?" Rupa-rupanya kucing. "Ibu kenapa ibu beli kucing ini?" ibu berkata "sebab akak kan suka kucing. Sebab itulah ibu beli kucing. "Terima kasih ibu".

Monday, May 3, 2010

Kehidupan laut

Pada hari minggu yang lepas, saya dan keluarga saya pergi ke pantai di Port Dickson. Saya dan ayah ke laut. Saya ternampak kerang, obor-obor, ikan, sotong dan juga ikan pari. Saya suka ikan pari. Laut memang seronok dan saya main pasirnya yang warna putih itu sahaja.

Saya ada baju baru

Pada hari Sabtu nenek saya belikan baju baru untuk saya. Gambar baju itu rama-rama dan warna baju itu merah, hijau, biru dan juga pink. Baju itu cantik dan juga mahal. Saya suka rama-rama dan juga saya suka warna itu. Saya nak pakai pada hari jadi saya. Saya suka baju itu. Terima kasih nenek.

Apa yang mahu kita lakukan pada hari cuti

Pada hari minggu Aiman tidak tahu apa yang mahu dia lakukan. Ibunya berkata "Aiman boleh buat apa-apa yang Aiman mahukan". "Iya ke ibu? Aiman boleh buat apa-apa yang Aiman mahukan ke ibu ya..." Aiman bermain bola sepak, menonton telivisyen, menolong ibunya, menyiram bunga dan menangkap rama-rama. Aiman berkata "terima kasih ibu kerana memberitahu saya".

Friday, February 12, 2010

Mama & Ayah


Adik mintak mama masukkan skali gambar model plasticine yang adik buat.. Adik kate adik buat arnab.. Mama tak tau yang mana satu arnabnya..

Thursday, February 11, 2010

Adik Pegang Bunga