Selamat datang ke Galeri Seni Kakak. Tempat untuk kakak letak hasil kerja akak untuk tatapan nenek dan semua makcik-makcik..
RSS

Monday, January 30, 2012

Aina Hilang


Cerita penuh..

Aina Hilang?

Pada suatu hari,di Desa Santika.Terdapat sebuah rumah besar yang banyak penghuni.Penghuninya sebanyak 9 orang iatu nenek,atuk,ibu,ayah,along,angah,uda,alang dan Aina

Along berumur 16,angah 14,uda 12,alang 7,Aina 4.Nama along Putri Aisyah,angah Putri Alya,uda Muhamad Asyraf,alang Muhamad Alif.Aina,Putri Aina.

Satu hari,Aina berjalan-jalan dengan ibu ke pasar besar,untuk membeli ayam,ikan,daging,sotong dan susu Aina.Setibanya di sana, Aina mengambil bakul lalu pergi.

Setelah membayar,Aina pergi main taman,sementara itu ibu melihat baju-baju di gerai berdekatan.Setelah puas bermain Aina mencari ibu di gerai baju,namun ibu tak kelihatan tiba-tiba Aina diculik oleh seorang pak cik.

"Ibu...tolong Aina,Aina diculik waaa"jerit Aina,namun ibu tetap tak kelihatan.Di rumah,ibu,ayah dan yang lain bimbangkan Aina, ibu berkata"macam mana ni...kita dah cari kat satu laman,tapi tak jumpa?".

Sehari setelah diculik, Aina terjaga daripada tidur.Kemudian Aina terjumpa komputer di atas meja.

Aina teringat ayah pernah mengajar Aina menggunakan komputer.Aina berkata"alhamdulillah,ayah pernah mengajar Aina menggunakan komputer,bolehlah Aina menulis di e-mail ibu".

Kemudian Aina terlihat sekeping kertas yang tertulis"kamu di Desa Kemboja nombor rumah ini adalah 67,Jalan 6 Kemboja"Aina gembira lalu berkata"syukur,pak cik ni bagi alamat,bolehlah Aina bagi tau ibu Aina ada kat mana"

Aina pun membuka e-mail ibunya"Syahrinamajid@gmail.com" Aina berjaya.Lalu Aina menulis "ibu Aina ada kat Desa Kemboja,nombor rumah 67,Jalan 6 Kemboja.Ibu jangan risau Aina selamat, sini ada makanan dan minuman ibu."

Tiba waktu malam ibu terlihat e-mailnya lalu membaca,ibu gembira mendengar berita itu .

Keesokan harinya ibu,ayah dan yang lain pergi menyelamat Aina di rumah kosong ,semenjak hari tu ibu tidak pernah tinggal Aina lagi.

Thursday, January 26, 2012

Jannah dan Hannah Bergaduh

Wednesday, January 25, 2012

Kawan Baru Ku

Cerpen terbaru dari Kakak..



Cerita penuh..

Pada suatu hari,di kelas 3 Bijak. Suasana di kelas sungguh bising. Tiba-tiba "Fakrul,Ali,Muaz datang ke depan!" teriak Cikgu Laili bersama seorang murid baru."Kenapa dengan kamu bertiga ni,kelahi tak tentu pasal!" marah Cikgu Laili.

Fakrul cuba memberi alasan tetapi Cikgu Laili tidak mahu mendengar alasannya, sebelum memberi Fakrul,Ali dan Muaz duduk Cikgu Laili telah memberi denda yang setimpal kepada mereka bertiga iatu dirotan sebanyak tiga kali.

Setelah Fakrul,Ali dan Muaz duduk , Cikgu Laili mula menukar topik percakapan "Kamu sekelas akan menerima kawan baru yang berasal dari Kuala Pilah yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Zainol Abidin,tolong memperkenalkan diri kamu" kata Cikgu Laili.

"Nama saya Aisyah Alia Bt Muizzudin Kamil, saya tinggal di Desa Pakisar, nombor rumah saya ialah 42" kata Aisyah sambil tersenyum."Aisyah kamu boleh duduk di sebelah Shila" kata Cikgu Laili.

Shila berkata"sila duduk Aisyah" Aisyah berkata "terima kasih Shila". Semenjak Aisyah berkawan dengan Shila, hidup Aisyah telah berubah menjadi sengsara cuma Aisyah tidak tahu siapa di sebalik hidupnya, cuma Aisyah berdoa supaya orang yang di sebalik hidupnya akan menerima balasannya.

Niat Shila terhadap Aisyah berterusan dengan lancar, Aisyah tidak tahan dengan hidupnya itu.lama-kelamaan kepercayaan Aisyah terhadap Shila semakin besar"Aisyah telah percaya kat aku" Shila berkata sambil tertawa bersama rakan sepakatnya iatu Qaisara.

Qaisara mengumpat"nanti kita jadi raja kepada Aisyah la..."tetawa Qaisara,tiba-tiba "Sara ajak Shila makan tengahari sama-sama" teriak Puan Rosnah. Qaisara mengajak"jom kita pergi mak aku dah panggil tu."Jom ..."Shila berkata sambil tetawa.

Semasa mereka bergembira ,Aisyah sedang membuat kerja sekolah yang diarahkan oleh Puan Mimi Azli."Sebenarnya Aisyah nak buat dengan Shila" kata Aisyah dengan sayu kepada ibunya"Aisyah telefonlah"kata ibunya, Aisyah menjawab" telefon dia mati,telefon rumah tak angkat" katanya dengan sayu.

Lama-kelamaan Aisyah mula keliru dengan Shila. Satu hari ,dengan tidak sengaja Aisyah telah mengikut Shila yang bersama rakan sekelasnya Qaisara. Aisyah terkejut mendengar perbualan mereka berdua,Aisyah kecewa kerana berkawan dengan Shila yang tahu tentang hidupnya itu.

Semenjak mengetahui niat Shila yang sebenar Aisyah asyik mengelakan dirinya daripada Shila.Shila,berasa kecewa kerana mengkhianati rakan baiknya.

Moral:jangan mengkhianati orang lain.