Selamat datang ke Galeri Seni Kakak. Tempat untuk kakak letak hasil kerja akak untuk tatapan nenek dan semua makcik-makcik..
RSS

Friday, November 9, 2012

Get Well Soon Card


Friday, June 8, 2012

Dasar Laut

Walaupun dah menang tempat ke-3 bulan lepas, Kakak still ada peluang untuk dapatkan hadiah utama tahunan (dengan syarat mesti hantar 6 penyertaan sehingga Disember 2012..

Sebab bulan May bulan exam, mama tangguhkan sesi untuk kaler Coloring Contest May 2012 ke hari terakhir bulan May.. Disebabkan lukisan bulan ni agak mencabar (jika nak compare dengan 2 lukisan sebulan ni..), mama suruh Adik yang kaler dulu.. Lepas Adik siap kaler (lepas hampir 2 jam mengaler), baru la turn Kakak untuk kaler.. 1 jam lebih gak Kakak kaler gambar ni.. By the time siap kaler, hari dah nak tengah malam.. Elok2 masa tekan butang submit, internet plak down & hasil kerja kakak terus hilang.. Tak sempat nak submit pon.. Kakak tunjuk muke cool je. . Kakak kate "Tak pe la ma, Kakak tak yah hantar la bulan.." Kesian plak mama dengar..

Ni hasil kerja Kakak yang sempat mama print screen sebelum tekan butang submit..

3rd Place Winner

Rezeki Kakak, Kakak dipilih sebagai pemenang tempat ke-3 untuk online coloring contest anjuran Mystormkids.com untuk bulan April 2012.. Adik, jadi orang yang tak boleh kalah, masih mencube nasib untuk jadi pemenang untuk bulan-bulan akan datang.. Lepas submit entry untuk bulan 5, hampir tiap minggu tanye "Bulan ni sape menang? Adik menang tak?"

Monday, January 30, 2012

Aina Hilang


Cerita penuh..

Aina Hilang?

Pada suatu hari,di Desa Santika.Terdapat sebuah rumah besar yang banyak penghuni.Penghuninya sebanyak 9 orang iatu nenek,atuk,ibu,ayah,along,angah,uda,alang dan Aina

Along berumur 16,angah 14,uda 12,alang 7,Aina 4.Nama along Putri Aisyah,angah Putri Alya,uda Muhamad Asyraf,alang Muhamad Alif.Aina,Putri Aina.

Satu hari,Aina berjalan-jalan dengan ibu ke pasar besar,untuk membeli ayam,ikan,daging,sotong dan susu Aina.Setibanya di sana, Aina mengambil bakul lalu pergi.

Setelah membayar,Aina pergi main taman,sementara itu ibu melihat baju-baju di gerai berdekatan.Setelah puas bermain Aina mencari ibu di gerai baju,namun ibu tak kelihatan tiba-tiba Aina diculik oleh seorang pak cik.

"Ibu...tolong Aina,Aina diculik waaa"jerit Aina,namun ibu tetap tak kelihatan.Di rumah,ibu,ayah dan yang lain bimbangkan Aina, ibu berkata"macam mana ni...kita dah cari kat satu laman,tapi tak jumpa?".

Sehari setelah diculik, Aina terjaga daripada tidur.Kemudian Aina terjumpa komputer di atas meja.

Aina teringat ayah pernah mengajar Aina menggunakan komputer.Aina berkata"alhamdulillah,ayah pernah mengajar Aina menggunakan komputer,bolehlah Aina menulis di e-mail ibu".

Kemudian Aina terlihat sekeping kertas yang tertulis"kamu di Desa Kemboja nombor rumah ini adalah 67,Jalan 6 Kemboja"Aina gembira lalu berkata"syukur,pak cik ni bagi alamat,bolehlah Aina bagi tau ibu Aina ada kat mana"

Aina pun membuka e-mail ibunya"Syahrinamajid@gmail.com" Aina berjaya.Lalu Aina menulis "ibu Aina ada kat Desa Kemboja,nombor rumah 67,Jalan 6 Kemboja.Ibu jangan risau Aina selamat, sini ada makanan dan minuman ibu."

Tiba waktu malam ibu terlihat e-mailnya lalu membaca,ibu gembira mendengar berita itu .

Keesokan harinya ibu,ayah dan yang lain pergi menyelamat Aina di rumah kosong ,semenjak hari tu ibu tidak pernah tinggal Aina lagi.

Thursday, January 26, 2012

Jannah dan Hannah Bergaduh

Wednesday, January 25, 2012

Kawan Baru Ku

Cerpen terbaru dari Kakak..



Cerita penuh..

Pada suatu hari,di kelas 3 Bijak. Suasana di kelas sungguh bising. Tiba-tiba "Fakrul,Ali,Muaz datang ke depan!" teriak Cikgu Laili bersama seorang murid baru."Kenapa dengan kamu bertiga ni,kelahi tak tentu pasal!" marah Cikgu Laili.

Fakrul cuba memberi alasan tetapi Cikgu Laili tidak mahu mendengar alasannya, sebelum memberi Fakrul,Ali dan Muaz duduk Cikgu Laili telah memberi denda yang setimpal kepada mereka bertiga iatu dirotan sebanyak tiga kali.

Setelah Fakrul,Ali dan Muaz duduk , Cikgu Laili mula menukar topik percakapan "Kamu sekelas akan menerima kawan baru yang berasal dari Kuala Pilah yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Zainol Abidin,tolong memperkenalkan diri kamu" kata Cikgu Laili.

"Nama saya Aisyah Alia Bt Muizzudin Kamil, saya tinggal di Desa Pakisar, nombor rumah saya ialah 42" kata Aisyah sambil tersenyum."Aisyah kamu boleh duduk di sebelah Shila" kata Cikgu Laili.

Shila berkata"sila duduk Aisyah" Aisyah berkata "terima kasih Shila". Semenjak Aisyah berkawan dengan Shila, hidup Aisyah telah berubah menjadi sengsara cuma Aisyah tidak tahu siapa di sebalik hidupnya, cuma Aisyah berdoa supaya orang yang di sebalik hidupnya akan menerima balasannya.

Niat Shila terhadap Aisyah berterusan dengan lancar, Aisyah tidak tahan dengan hidupnya itu.lama-kelamaan kepercayaan Aisyah terhadap Shila semakin besar"Aisyah telah percaya kat aku" Shila berkata sambil tertawa bersama rakan sepakatnya iatu Qaisara.

Qaisara mengumpat"nanti kita jadi raja kepada Aisyah la..."tetawa Qaisara,tiba-tiba "Sara ajak Shila makan tengahari sama-sama" teriak Puan Rosnah. Qaisara mengajak"jom kita pergi mak aku dah panggil tu."Jom ..."Shila berkata sambil tetawa.

Semasa mereka bergembira ,Aisyah sedang membuat kerja sekolah yang diarahkan oleh Puan Mimi Azli."Sebenarnya Aisyah nak buat dengan Shila" kata Aisyah dengan sayu kepada ibunya"Aisyah telefonlah"kata ibunya, Aisyah menjawab" telefon dia mati,telefon rumah tak angkat" katanya dengan sayu.

Lama-kelamaan Aisyah mula keliru dengan Shila. Satu hari ,dengan tidak sengaja Aisyah telah mengikut Shila yang bersama rakan sekelasnya Qaisara. Aisyah terkejut mendengar perbualan mereka berdua,Aisyah kecewa kerana berkawan dengan Shila yang tahu tentang hidupnya itu.

Semenjak mengetahui niat Shila yang sebenar Aisyah asyik mengelakan dirinya daripada Shila.Shila,berasa kecewa kerana mengkhianati rakan baiknya.

Moral:jangan mengkhianati orang lain.

Sunday, December 19, 2010

Percutian Di Langkawi

Awal cuti sekolah saya, keluarga, bibik, atuk dan nenek pergi bercuti ke Langkawi. Kami ke sana dengan menaiki kapal terbang. Di sana saya tidur di hotel empat hari tiga malam. Di sana, saya melawat Makam Mahsuri, Underwater world,Taman Buaya, Kereta Kabal,Taman ular, Beras tebakar, Oriental Village, Penguin Watch, Dataran Lang, Durian perangin waterfall, Telaga air hangat dan Black sand beach. Saya seronok di Langkawi kalau ada peluang saya datang lagi bye...

Wednesday, September 22, 2010

Aku Ialah Pensil


Kerja rumah Kakak semalam.. 10 minit je kakak tulis karangan ni.. Kakak kate cikgu suruh tulis cerita aku ape-ape.. Aku ikan ke, aku buku ke.. Bile siap, kakak tulis cite Aku Pensil.. Dah pandai anak mama tulis karangan..

Saturday, August 14, 2010

Anggota badan kita

Anggota badan kita sangat berguna untuk kita tau. Bila kita mendengar bunyi kita gunakan telinga kita. Kita merasa makanan-makanan gunakan mulut dan lidah kita. Kita melihat benda dengan mata kita tau semua...

1 Rakyat Malaysia

Hai... Saya orang Islam. Saya bersyukur kerana Allah yang cipta kita. Kami di cipta dengan tanah. Terima kasih Allah kerana jadi kan kami berbagai bangsa. Saya bersyukur kerana dapat kawan yang berbagai bangsa. Amin.

Percutian Saya

Pada hari Jumaat saya dan keluarga saya pergi ke Terengganu. Saya tidur di hotel Merang Suria. Petang-petang saya dan saudara saya ke pantai. Saya mandi kat laut. Adik saya main pasir dengan Adik saudara. Hari Sabtu saya pergi ke majilis perkahwinnan hari Ahad pun sama juga. Kami seronok bersama-sama.

Sunday, July 4, 2010

Canvas Art

Hasil pertama..

Hasil kedua..



Saturday, May 8, 2010

Di kampung nenek kokok

Pada hari Sabtu saya dan keluarga saya pergi ke kampung nenek kokok. Di sana ada kucing, ayam, motor, anak ayam dan ada kebun. Di kebun atuk ada banyak lembu. Nama kucing nenek Cak dan Tompok. Cak dan Tompok kena main di luar sahaja sebab nenek tak bagi mereka masuk rumah. Saya selalu naik motor atuk saya untuk pusing satu kampung. Kampung nenek kokok memang seronok.

Wednesday, May 5, 2010

Abang saya suka membaca buku

Pada suatu hari abang saya suka baca buku. Tajuk buku itu pasal bunga, rumah, pokok, sekolah, kasut dan rama-rama. Abang saya suka membaca buku. Abang saya cakap "membaca itu penting". "Terima kasih abang kerana memberi tahu saya".

Saya ada kucing baru

Pada hari Ahad Ibu saya belikan saya benda. "Ibu di dalam bekas plastik itu apa?" Ibu pun berkata "cuba teka". "Mana akak nak tahu?" Rupa-rupanya kucing. "Ibu kenapa ibu beli kucing ini?" ibu berkata "sebab akak kan suka kucing. Sebab itulah ibu beli kucing. "Terima kasih ibu".

Monday, May 3, 2010

Kehidupan laut

Pada hari minggu yang lepas, saya dan keluarga saya pergi ke pantai di Port Dickson. Saya dan ayah ke laut. Saya ternampak kerang, obor-obor, ikan, sotong dan juga ikan pari. Saya suka ikan pari. Laut memang seronok dan saya main pasirnya yang warna putih itu sahaja.

Saya ada baju baru

Pada hari Sabtu nenek saya belikan baju baru untuk saya. Gambar baju itu rama-rama dan warna baju itu merah, hijau, biru dan juga pink. Baju itu cantik dan juga mahal. Saya suka rama-rama dan juga saya suka warna itu. Saya nak pakai pada hari jadi saya. Saya suka baju itu. Terima kasih nenek.

Apa yang mahu kita lakukan pada hari cuti

Pada hari minggu Aiman tidak tahu apa yang mahu dia lakukan. Ibunya berkata "Aiman boleh buat apa-apa yang Aiman mahukan". "Iya ke ibu? Aiman boleh buat apa-apa yang Aiman mahukan ke ibu ya..." Aiman bermain bola sepak, menonton telivisyen, menolong ibunya, menyiram bunga dan menangkap rama-rama. Aiman berkata "terima kasih ibu kerana memberitahu saya".

Friday, February 12, 2010

Mama & Ayah


Adik mintak mama masukkan skali gambar model plasticine yang adik buat.. Adik kate adik buat arnab.. Mama tak tau yang mana satu arnabnya..

Thursday, February 11, 2010

Adik Pegang Bunga