Selamat datang ke Galeri Seni Kakak. Tempat untuk kakak letak hasil kerja akak untuk tatapan nenek dan semua makcik-makcik..
RSS

Tuesday, March 31, 2009

Cerpen Nenek - Sayang Nenek

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.
.
11. SAYANG NENEK

Nenek sudah tua. Nenek sudah tidak bekerja lagi. Nenek di rumah menjaga cucu dan rumah tangga. Nenek hanya membuat kerja-kerja ringan di rumah. Nenek selalu membersihkan kawasan taman bunga nenek di sekitar rumah. Nenek juga masak untuk atok dan anak-anak yang hendak makan.

*************

Hujung minggu tiba. Nenek menunggu siapa antara cucunya yang akan datang. Mungkin Dani dan Qays atau Nurul dan Aqilah? Kalau mereka tak datang, masih ada Amir, arif, Afiq, Alya, Aqil dan Ayra di rumah nenek. Nenek tak sunyi kerana mereka ada. Cuma nenek selalu juga ingat cucu yang lain. Nenek terus menunggu siapa lagi yang akan datang menziarah nenek? Dan nenek akan sunyi kalau mereka juga sudah berpindah ke rumah sendiri.

***************

Sekarang nenek masih kuat. Nenek masih mampu bergerak. Nenek masih mampu masak. Nenek masih mampu mengemas rumah. Nenek masih boleh menjerit waktu marah. Bagaimana kalau nenek sudah macam onyang?? Onyang sudah tidak berdaya lagi. Nenek sudah tidak mampu bertindak cergas. Onyang jalan perlahan. Onyang makan perlahan, onyang lambat segalanya. Bagaimana kalau nenek sudah macam onyang??

*********************

Adakah antara cucu nenek yang akan menziarah nenek lagi. Waktu itu nenek dah tak boleh masak, nenek dak tak mampu bercerita, nenek saudah tidah mampu berkebun dan mencabut rumput lagi. Dan nenek sudah tidak daya menganjurkan pertandingan memanjat lagi.Nenek akan tunggu cucu nenek untuk membantu nenek. Bantu nenek berjalan, bantu nenek masak, bantu nenek mengemas rumah, bantu nenek menyapu laman. Mahukah cucu nenek datang ke rumah nenek lagi???

*****************
Kalau kalian sayang nenek, kalian pasti datang. Tapi nenek dapat bayangkan kesibukan kalian. Sibuk dengan pengajian, sibuk dengan aktiviti harian, sibuk dengan keluarga sendiri. Jadi nenek nak tunggu siapawaktu itu?? Kalau kalian sayang nenek, kalian pasti datang. Dan nenek akan terus menunggu kalian, cucu-cucu nenek!!!!
****************

-tamat-

Cerpen Nenek - Astro oh Astroku

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.

10. ASTRO OH ASTROKU


Cucu nenek suka tengok tv. Cucu nenek banyak membuang masa di hadapan tv. Cucu nenek leka setiap hari. banyak masanya dihabiskan di hadapan tv. Cucu nenek suka menonton pelbagai siri kartun dan cerita superpower yang banyak disiarkan melalui Astro yang atuk langgan. Rumah atok ada tiga buah saluran astro. Jadi masing-masing dapat menonton rancangan masing-masing di tiga buah tv yang ada astro. Cuma tv di dapur sahaja yang tiada perkhidmatan astro.

******************

Atok selalu bising tentang anak-anak dan cucu lambat tidur kerana tv. Atok selalu bising tentang bil yang perlu dibayar. Atok juga bising cucu tak dengar kata. Atok bising anak-anak bangun lambat. Nenek pula bising bila cucu-cucu bergaduh dan berlawan ala-ala watak superpower yang selalu ditonton. Ada yang mendabik dada, merekalah yang paling kuat atara cucu-cucu. Ini sering menjadi punca perbalahan antara cucu nenek.

******************

Nenek dan atok selalu berbincang macamana untuk mengatasi masalah ini. Apa yang perlu atok dan nenek buat?? Satu cara yang terbaik ialah menamatkan perkhidmatan astro ke rumah nenek dan atok. Tapi atok tak buat juga. Akhirnya waktu nenek di Holland menjaga Hana, atuk telah minta Mak Anja untuk memotong astro. Seminggu kemudian jadilah rumah kita rumah tanpa astro.

******************

Waktu nenek balik astro dah tak ada. Tak ada beza bagi nenek sebab nenek masih boleh menonton tv 1, 2, 3, 8 dan 9. Dah cukup bagi nenek. Tapi bagi Amir, Arif dan Afiq, ini amat membosankan. Mereka tak dapat menonton karton kegemaran mereka. Tapi waktu persekolahan yang padat menkadikan Amir dan Arif lupa.

******************

Cuti sekolah tiba. Amir, Arif dan Afiq di rumah bersama nenek selepas pulang dari Kemaman. setiap hari kita mengadakan aktiviti membaca, bercerita, menyiapkan "homework" dan berkebun bersama nenek. Mencabut kemuncup di luar pun seronok. Tapi suatu pagi Arif mengamuk tiba-tiba. Alasan bosan hidup tanpa astro. Puas nenek pujuk cara halus dan kasar tak juga reda. Apa yang nenek buat ialah menalefon mama dan ayah Arif. Along balik untuk menenangkan Arif.

******************

Asrto oh astro. Sungguh besar pengaruhmu. Berapa lagi jiwa-jiwa yang tak boleh hidup tanpa astro?? Betullah tindakan atok untuk memotong astro dari rumah ini. Keadaan Arif hari itu seolah-olah dia "gian" dengan program dalam asrto sehingga tidak dapat mengawal diri. Oh dari pengalaman ini, menjadikan nenek lebih tegas agar astro tidak disambung di rumah nenek lagi!!!
******************

-tamat-

Monday, March 30, 2009

Cerpen Nenek - Rumah Dani Sepupuku

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.


9. RUMAH DANI SEPUPUKU


Dani telah berpindah rumah kerana rumah Dani sudah siap. Sejak Dani pindah keadaan rumah nenek agak sunyi kerana Dani dan Qays sudah tidak ada lagi. Sudah tidak lagi kedengaran jeritan Qays yang kena buli oleh Akil dan tiada bunyi jeritan Dani yang selalu berangan menjadi superpower.Sekarang hanya tinggal kami adik beradik di rumah nenek. Tak ada Dani bermakna tak ada Kak Wati. Jadi kurang satu bibik di rumah kita.

***********************

Minggu lalu kami telah pergi ke rumah Dani. Kami tidur di rumah Dani untuk satu malam. Ini kali ke dua kami tidur di rumah baru Dani. Kami seronok ke sana kerana boleh bermain bola di kawasan kosong di halaman rumah Dani. Selain itu kami juga gemar menonton siri kartun di tv Dani. Ini gara-gara atuk telah memotong perkhidmatan astro di rumah nenek.
Jadi sekali-sekali menonton astro, rasa seronok.

***********************

Rumah Dani baru. Rumah Dani cantik. Kami suka rumah Dani. Bibik Wati buat makanan sedap untuk kami. Bibik masak ayam bapok kegemaran kami. Bibik juga buat air sirap kesukaan kami. Pada sebelah malam kami tidur dengan ditemani Bik Wati. Kami tudur awal sebab esok kami kena balik awal kerana ustaz akan datang ke rumah nenek untuk mengajar kami adik beradik.

***********************

Lain kali kami mahu ke rumah Dani lagi. Kami mahu bermain dengan Dani dan Qays. Mak Ngah dan Pak Ngah pun baik dengan kami. Rumah kami sebenarnya dekat dengan rumah Dani. Tapi rumah kami ayah sewakan. Ada keluarga dari Terengganu menyewa rumah kami. Mama tak berpindah ke sini kerana kawasan ini jauh dari sekolah kami di Sungai Kantan. Kami suka tinggal bersama nenek sementara rumah kami di Kantan siap. Bila agaknya???
***********************

-tamat-

Cerpen Nenek - Pintu Pagar Rosak

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.


8. PINTU PAGAR ROSAK

Hari ini hujan turun dengan lebatnya. Petir dan kilat juga sabung meyabung. Mujur kami sudah balik dari sekolah agam. Kalau tidak , pasti kami akan basah kuyup.Setiap kali petir berdentum, loceng rumah berbunyi. Ini menunjukkan terdapat gangguan dalam sistem pendawaian loceng rumah rumah nenek. Tiba-tiba "bommmmmm...." satu dentuman yang kuat kedengaran. Rumah nenek menjadi gelap. Rupanya bekalan elektrik terputus kerana panahan petir yang kuat tadi.

******************************

Dalam rumah nenek menjadi gelap. Kami menjeri ketakutan. Semua cucu nenek berkumpul di ruang tv belakang. Aktivi makan tengah hari, mandi dan bersiap ke sekolah sessi petang berjalan kurang lancar. Bilik air bilik nenek juga gelap. Kami terpaksa mengguna bilik belakang. Tepat jam 12.30 kami keluar rumah untuk menunggu van pak Man. Waktu itu baru nenek tahu yang pintu pagar tidak boleh dibuka walaupun swis dalam rumah sudah di buka. Masa van sampai kian dekat.

**********************

Motor pintu autometik nenek sudah rosak. Bunyi letupan kecil dan asap keluar dari unit motor pintu di situ. Tetapi bagaimana Amir dan Arif nak keluar pagar?? Keadaan hujan renyai dan waktu yang sudah lewat menjadikaaan menjadi gawat. Bibik mendapat idea. Bibik memanjat pagar dan kelur pagar. Dari situ bibik minta nenek membantu Amir dan Arif untuk memanjat pagar.

***********************

Dengan bantuan nenek dan Cik L:ah yang kebetulan datang, Amir dan Ariff dipaksa memanjat pagar. Amir dan Arif budak penggerun. Mereka akan turun balik setelah dinaikkan di pagar. Jadi bagaimana mereka mahu keluar. Keadaan menjadi lebih cemas bila hujan turun menjadi semakin lebat. Nenek membuat paksaaan dengan mengangkat kedua-dua mereka. Arif yang memberanikan diri untuk memanjat pagar akhirnya berjaya melepasi besi pagar.

********************************

Dengan mengangkat Amir secara berbaring, nenek berjaya mengeluarkan Amir dan telah disambut oleh bibik di luar pagar. Seelok-elok Amir berjaya keluar van pun sampai. Mereka berdua terus menaiki van ke sekolah. Kami yang tinggal ketawa terbahak-bahak mengigatkan peristiwa tadi. Dengan bantuan abang Mie melalui talian telefon, akhirnya pintu pagar berjaya dibuka melalui kaedah manual. Alhamdulillah.

*******************

Setelah balik sekolah Amir dan Arif masih tidak boleh menahan ketawa masing-masing. Mereka menganjurkan agar nenek menulis kenangan lucu ini. Amir merasa menjadi superman yang sedang terbang waktu nenek dan Cik Lah angkat dia dalam keadaan terbujur terbalik. Arif begitu bangga kerana dia telah berjaya memanjat pagar dengan bantuan nenek. Nenek menyarankan agar latihan memanjat perlu dibuat kerana mereka adalah anak lelaki yang mesti berani memanjat!!!!

********************

-tamat-

Cerpen Nenek - Kaw-kaw yang ditakuti

*Atas permintaan Amir, ariff dan Afiq, mama ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cicit mama nanti, insya-Allah.


7. "KAW-KAW" YANG DITAKUTI

"Kaw-kaw-kaw, surat khabar lama, buku lama, bateri lama......." dan entah apa lagi yang disebut. Dan nenek selalu menyambung dengan kata-kata " budak nangis lama, budak tak mau mandi, budak suka gaduh" . Suara yang mulanya jauh kian hampir. Akhirnya muncul sebuah van dan kadang-kadang lori yang agak besar lalu di hadapan rumah nenek. Aku menjadi begitu kecut perut setiap kali lori "kaw-kaw" lalu. Mungkinkah aku antara yang bahan yang dicari?

********************

Setiap lori kaw-kaw lalu Aliya dan Akil akan berlari-lari anak untuk memeluk nenek. Mereka takut tergolong dalam barang yang dicari sebab merekalah yang selalu nangis dan tak mahu mandi.Kami yang sudah besar tidak takut kerana tidak munasabah nenek akam memberikan kami kepada orang lain. Tapi Aqil, Alya dan Qais takut dengan kaw-kaw ini.

*********************

"Kaw-kaw" adalah peniaga barang-barang lama dan terbuang. Mereka akan membeli dari rumah-rumah yang ingin melupuskan barang-barang lamanya. Nenek pun selalu menjual barang lama yang tidak diperlukan. Nenek pernah menjual surat khabar lama, tin-tin susu dan barangan zink lebihan tukang membuat rumah. Mereka membeli dengan harga yang sangat murah. Biasanya Pak Chaklah yang menguruskan jual beli ini.
***********************

Semalam kaw-kaw lalu lagi. Dulu Aqil menangis bila mendengar suara "kaw-kaw". Tapi Aqil pun sudah faham yang nenek sayang dia. Aqil tidak menangis lagi malah akan memanggil "kaw-kaw" apabila ada salah seorang yang menangis. Sekarang giliran Aqil menakut-nakutkan yang lain.Aqil memang bijak. Aqil sudah tak takut lagi dengan kaw-kaw. Alya juga tak takut kaw-kaw lagi. Kaw-kaw hanya mencari barang bukan orang.
***********************

-tamat-