Selamat datang ke Galeri Seni Kakak. Tempat untuk kakak letak hasil kerja akak untuk tatapan nenek dan semua makcik-makcik..
RSS

Monday, March 30, 2009

Cerpen Nenek - Rumah Dani Sepupuku

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.


9. RUMAH DANI SEPUPUKU


Dani telah berpindah rumah kerana rumah Dani sudah siap. Sejak Dani pindah keadaan rumah nenek agak sunyi kerana Dani dan Qays sudah tidak ada lagi. Sudah tidak lagi kedengaran jeritan Qays yang kena buli oleh Akil dan tiada bunyi jeritan Dani yang selalu berangan menjadi superpower.Sekarang hanya tinggal kami adik beradik di rumah nenek. Tak ada Dani bermakna tak ada Kak Wati. Jadi kurang satu bibik di rumah kita.

***********************

Minggu lalu kami telah pergi ke rumah Dani. Kami tidur di rumah Dani untuk satu malam. Ini kali ke dua kami tidur di rumah baru Dani. Kami seronok ke sana kerana boleh bermain bola di kawasan kosong di halaman rumah Dani. Selain itu kami juga gemar menonton siri kartun di tv Dani. Ini gara-gara atuk telah memotong perkhidmatan astro di rumah nenek.
Jadi sekali-sekali menonton astro, rasa seronok.

***********************

Rumah Dani baru. Rumah Dani cantik. Kami suka rumah Dani. Bibik Wati buat makanan sedap untuk kami. Bibik masak ayam bapok kegemaran kami. Bibik juga buat air sirap kesukaan kami. Pada sebelah malam kami tidur dengan ditemani Bik Wati. Kami tudur awal sebab esok kami kena balik awal kerana ustaz akan datang ke rumah nenek untuk mengajar kami adik beradik.

***********************

Lain kali kami mahu ke rumah Dani lagi. Kami mahu bermain dengan Dani dan Qays. Mak Ngah dan Pak Ngah pun baik dengan kami. Rumah kami sebenarnya dekat dengan rumah Dani. Tapi rumah kami ayah sewakan. Ada keluarga dari Terengganu menyewa rumah kami. Mama tak berpindah ke sini kerana kawasan ini jauh dari sekolah kami di Sungai Kantan. Kami suka tinggal bersama nenek sementara rumah kami di Kantan siap. Bila agaknya???
***********************

-tamat-

0 comments: