*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.
10. ASTRO OH ASTROKU
Cucu nenek suka tengok tv. Cucu nenek banyak membuang masa di hadapan tv. Cucu nenek leka setiap hari. banyak masanya dihabiskan di hadapan tv. Cucu nenek suka menonton pelbagai siri kartun dan cerita superpower yang banyak disiarkan melalui Astro yang atuk langgan. Rumah atok ada tiga buah saluran astro. Jadi masing-masing dapat menonton rancangan masing-masing di tiga buah tv yang ada astro. Cuma tv di dapur sahaja yang tiada perkhidmatan astro.
******************
Atok selalu bising tentang anak-anak dan cucu lambat tidur kerana tv. Atok selalu bising tentang bil yang perlu dibayar. Atok juga bising cucu tak dengar kata. Atok bising anak-anak bangun lambat. Nenek pula bising bila cucu-cucu bergaduh dan berlawan ala-ala watak superpower yang selalu ditonton. Ada yang mendabik dada, merekalah yang paling kuat atara cucu-cucu. Ini sering menjadi punca perbalahan antara cucu nenek.
******************
Nenek dan atok selalu berbincang macamana untuk mengatasi masalah ini. Apa yang perlu atok dan nenek buat?? Satu cara yang terbaik ialah menamatkan perkhidmatan astro ke rumah nenek dan atok. Tapi atok tak buat juga. Akhirnya waktu nenek di Holland menjaga Hana, atuk telah minta Mak Anja untuk memotong astro. Seminggu kemudian jadilah rumah kita rumah tanpa astro.
******************
Waktu nenek balik astro dah tak ada. Tak ada beza bagi nenek sebab nenek masih boleh menonton tv 1, 2, 3, 8 dan 9. Dah cukup bagi nenek. Tapi bagi Amir, Arif dan Afiq, ini amat membosankan. Mereka tak dapat menonton karton kegemaran mereka. Tapi waktu persekolahan yang padat menkadikan Amir dan Arif lupa.
******************
Cuti sekolah tiba. Amir, Arif dan Afiq di rumah bersama nenek selepas pulang dari Kemaman. setiap hari kita mengadakan aktiviti membaca, bercerita, menyiapkan "homework" dan berkebun bersama nenek. Mencabut kemuncup di luar pun seronok. Tapi suatu pagi Arif mengamuk tiba-tiba. Alasan bosan hidup tanpa astro. Puas nenek pujuk cara halus dan kasar tak juga reda. Apa yang nenek buat ialah menalefon mama dan ayah Arif. Along balik untuk menenangkan Arif.
******************
Asrto oh astro. Sungguh besar pengaruhmu. Berapa lagi jiwa-jiwa yang tak boleh hidup tanpa astro?? Betullah tindakan atok untuk memotong astro dari rumah ini. Keadaan Arif hari itu seolah-olah dia "gian" dengan program dalam asrto sehingga tidak dapat mengawal diri. Oh dari pengalaman ini, menjadikan nenek lebih tegas agar astro tidak disambung di rumah nenek lagi!!!
******************
-tamat-
0 comments:
Post a Comment