*Atas permintaan Amir, ariff dan Afiq, mama ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cicit mama nanti, insya-Allah.
7. "KAW-KAW" YANG DITAKUTI
"Kaw-kaw-kaw, surat khabar lama, buku lama, bateri lama......." dan entah apa lagi yang disebut. Dan nenek selalu menyambung dengan kata-kata " budak nangis lama, budak tak mau mandi, budak suka gaduh" . Suara yang mulanya jauh kian hampir. Akhirnya muncul sebuah van dan kadang-kadang lori yang agak besar lalu di hadapan rumah nenek. Aku menjadi begitu kecut perut setiap kali lori "kaw-kaw" lalu. Mungkinkah aku antara yang bahan yang dicari?

********************
Setiap lori kaw-kaw lalu Aliya dan Akil akan berlari-lari anak untuk memeluk nenek. Mereka takut tergolong dalam barang yang dicari sebab merekalah yang selalu nangis dan tak mahu mandi.Kami yang sudah besar tidak takut kerana tidak munasabah nenek akam memberikan kami kepada orang lain. Tapi Aqil, Alya dan Qais takut dengan kaw-kaw ini.
*********************
"Kaw-kaw" adalah peniaga barang-barang lama dan terbuang. Mereka akan membeli dari rumah-rumah yang ingin melupuskan barang-barang lamanya. Nenek pun selalu menjual barang lama yang tidak diperlukan. Nenek pernah menjual surat khabar lama, tin-tin susu dan barangan zink lebihan tukang membuat rumah. Mereka membeli dengan harga yang sangat murah. Biasanya Pak Chaklah yang menguruskan jual beli ini.
***********************
Semalam kaw-kaw lalu lagi. Dulu Aqil menangis bila mendengar suara "kaw-kaw". Tapi Aqil pun sudah faham yang nenek sayang dia. Aqil tidak menangis lagi malah akan memanggil "kaw-kaw" apabila ada salah seorang yang menangis. Sekarang giliran Aqil menakut-nakutkan yang lain.Aqil memang bijak. Aqil sudah tak takut lagi dengan kaw-kaw. Alya juga tak takut kaw-kaw lagi. Kaw-kaw hanya mencari barang bukan orang.
***********************Semalam kaw-kaw lalu lagi. Dulu Aqil menangis bila mendengar suara "kaw-kaw". Tapi Aqil pun sudah faham yang nenek sayang dia. Aqil tidak menangis lagi malah akan memanggil "kaw-kaw" apabila ada salah seorang yang menangis. Sekarang giliran Aqil menakut-nakutkan yang lain.Aqil memang bijak. Aqil sudah tak takut lagi dengan kaw-kaw. Alya juga tak takut kaw-kaw lagi. Kaw-kaw hanya mencari barang bukan orang.
-tamat-
0 comments:
Post a Comment