Selamat datang ke Galeri Seni Kakak. Tempat untuk kakak letak hasil kerja akak untuk tatapan nenek dan semua makcik-makcik..
RSS

Tuesday, March 31, 2009

Cerpen Nenek - Sayang Nenek

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.
.
11. SAYANG NENEK

Nenek sudah tua. Nenek sudah tidak bekerja lagi. Nenek di rumah menjaga cucu dan rumah tangga. Nenek hanya membuat kerja-kerja ringan di rumah. Nenek selalu membersihkan kawasan taman bunga nenek di sekitar rumah. Nenek juga masak untuk atok dan anak-anak yang hendak makan.

*************

Hujung minggu tiba. Nenek menunggu siapa antara cucunya yang akan datang. Mungkin Dani dan Qays atau Nurul dan Aqilah? Kalau mereka tak datang, masih ada Amir, arif, Afiq, Alya, Aqil dan Ayra di rumah nenek. Nenek tak sunyi kerana mereka ada. Cuma nenek selalu juga ingat cucu yang lain. Nenek terus menunggu siapa lagi yang akan datang menziarah nenek? Dan nenek akan sunyi kalau mereka juga sudah berpindah ke rumah sendiri.

***************

Sekarang nenek masih kuat. Nenek masih mampu bergerak. Nenek masih mampu masak. Nenek masih mampu mengemas rumah. Nenek masih boleh menjerit waktu marah. Bagaimana kalau nenek sudah macam onyang?? Onyang sudah tidak berdaya lagi. Nenek sudah tidak mampu bertindak cergas. Onyang jalan perlahan. Onyang makan perlahan, onyang lambat segalanya. Bagaimana kalau nenek sudah macam onyang??

*********************

Adakah antara cucu nenek yang akan menziarah nenek lagi. Waktu itu nenek dah tak boleh masak, nenek dak tak mampu bercerita, nenek saudah tidah mampu berkebun dan mencabut rumput lagi. Dan nenek sudah tidak daya menganjurkan pertandingan memanjat lagi.Nenek akan tunggu cucu nenek untuk membantu nenek. Bantu nenek berjalan, bantu nenek masak, bantu nenek mengemas rumah, bantu nenek menyapu laman. Mahukah cucu nenek datang ke rumah nenek lagi???

*****************
Kalau kalian sayang nenek, kalian pasti datang. Tapi nenek dapat bayangkan kesibukan kalian. Sibuk dengan pengajian, sibuk dengan aktiviti harian, sibuk dengan keluarga sendiri. Jadi nenek nak tunggu siapawaktu itu?? Kalau kalian sayang nenek, kalian pasti datang. Dan nenek akan terus menunggu kalian, cucu-cucu nenek!!!!
****************

-tamat-

Cerpen Nenek - Astro oh Astroku

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.

10. ASTRO OH ASTROKU


Cucu nenek suka tengok tv. Cucu nenek banyak membuang masa di hadapan tv. Cucu nenek leka setiap hari. banyak masanya dihabiskan di hadapan tv. Cucu nenek suka menonton pelbagai siri kartun dan cerita superpower yang banyak disiarkan melalui Astro yang atuk langgan. Rumah atok ada tiga buah saluran astro. Jadi masing-masing dapat menonton rancangan masing-masing di tiga buah tv yang ada astro. Cuma tv di dapur sahaja yang tiada perkhidmatan astro.

******************

Atok selalu bising tentang anak-anak dan cucu lambat tidur kerana tv. Atok selalu bising tentang bil yang perlu dibayar. Atok juga bising cucu tak dengar kata. Atok bising anak-anak bangun lambat. Nenek pula bising bila cucu-cucu bergaduh dan berlawan ala-ala watak superpower yang selalu ditonton. Ada yang mendabik dada, merekalah yang paling kuat atara cucu-cucu. Ini sering menjadi punca perbalahan antara cucu nenek.

******************

Nenek dan atok selalu berbincang macamana untuk mengatasi masalah ini. Apa yang perlu atok dan nenek buat?? Satu cara yang terbaik ialah menamatkan perkhidmatan astro ke rumah nenek dan atok. Tapi atok tak buat juga. Akhirnya waktu nenek di Holland menjaga Hana, atuk telah minta Mak Anja untuk memotong astro. Seminggu kemudian jadilah rumah kita rumah tanpa astro.

******************

Waktu nenek balik astro dah tak ada. Tak ada beza bagi nenek sebab nenek masih boleh menonton tv 1, 2, 3, 8 dan 9. Dah cukup bagi nenek. Tapi bagi Amir, Arif dan Afiq, ini amat membosankan. Mereka tak dapat menonton karton kegemaran mereka. Tapi waktu persekolahan yang padat menkadikan Amir dan Arif lupa.

******************

Cuti sekolah tiba. Amir, Arif dan Afiq di rumah bersama nenek selepas pulang dari Kemaman. setiap hari kita mengadakan aktiviti membaca, bercerita, menyiapkan "homework" dan berkebun bersama nenek. Mencabut kemuncup di luar pun seronok. Tapi suatu pagi Arif mengamuk tiba-tiba. Alasan bosan hidup tanpa astro. Puas nenek pujuk cara halus dan kasar tak juga reda. Apa yang nenek buat ialah menalefon mama dan ayah Arif. Along balik untuk menenangkan Arif.

******************

Asrto oh astro. Sungguh besar pengaruhmu. Berapa lagi jiwa-jiwa yang tak boleh hidup tanpa astro?? Betullah tindakan atok untuk memotong astro dari rumah ini. Keadaan Arif hari itu seolah-olah dia "gian" dengan program dalam asrto sehingga tidak dapat mengawal diri. Oh dari pengalaman ini, menjadikan nenek lebih tegas agar astro tidak disambung di rumah nenek lagi!!!
******************

-tamat-

Monday, March 30, 2009

Cerpen Nenek - Rumah Dani Sepupuku

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.


9. RUMAH DANI SEPUPUKU


Dani telah berpindah rumah kerana rumah Dani sudah siap. Sejak Dani pindah keadaan rumah nenek agak sunyi kerana Dani dan Qays sudah tidak ada lagi. Sudah tidak lagi kedengaran jeritan Qays yang kena buli oleh Akil dan tiada bunyi jeritan Dani yang selalu berangan menjadi superpower.Sekarang hanya tinggal kami adik beradik di rumah nenek. Tak ada Dani bermakna tak ada Kak Wati. Jadi kurang satu bibik di rumah kita.

***********************

Minggu lalu kami telah pergi ke rumah Dani. Kami tidur di rumah Dani untuk satu malam. Ini kali ke dua kami tidur di rumah baru Dani. Kami seronok ke sana kerana boleh bermain bola di kawasan kosong di halaman rumah Dani. Selain itu kami juga gemar menonton siri kartun di tv Dani. Ini gara-gara atuk telah memotong perkhidmatan astro di rumah nenek.
Jadi sekali-sekali menonton astro, rasa seronok.

***********************

Rumah Dani baru. Rumah Dani cantik. Kami suka rumah Dani. Bibik Wati buat makanan sedap untuk kami. Bibik masak ayam bapok kegemaran kami. Bibik juga buat air sirap kesukaan kami. Pada sebelah malam kami tidur dengan ditemani Bik Wati. Kami tudur awal sebab esok kami kena balik awal kerana ustaz akan datang ke rumah nenek untuk mengajar kami adik beradik.

***********************

Lain kali kami mahu ke rumah Dani lagi. Kami mahu bermain dengan Dani dan Qays. Mak Ngah dan Pak Ngah pun baik dengan kami. Rumah kami sebenarnya dekat dengan rumah Dani. Tapi rumah kami ayah sewakan. Ada keluarga dari Terengganu menyewa rumah kami. Mama tak berpindah ke sini kerana kawasan ini jauh dari sekolah kami di Sungai Kantan. Kami suka tinggal bersama nenek sementara rumah kami di Kantan siap. Bila agaknya???
***********************

-tamat-

Cerpen Nenek - Pintu Pagar Rosak

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.


8. PINTU PAGAR ROSAK

Hari ini hujan turun dengan lebatnya. Petir dan kilat juga sabung meyabung. Mujur kami sudah balik dari sekolah agam. Kalau tidak , pasti kami akan basah kuyup.Setiap kali petir berdentum, loceng rumah berbunyi. Ini menunjukkan terdapat gangguan dalam sistem pendawaian loceng rumah rumah nenek. Tiba-tiba "bommmmmm...." satu dentuman yang kuat kedengaran. Rumah nenek menjadi gelap. Rupanya bekalan elektrik terputus kerana panahan petir yang kuat tadi.

******************************

Dalam rumah nenek menjadi gelap. Kami menjeri ketakutan. Semua cucu nenek berkumpul di ruang tv belakang. Aktivi makan tengah hari, mandi dan bersiap ke sekolah sessi petang berjalan kurang lancar. Bilik air bilik nenek juga gelap. Kami terpaksa mengguna bilik belakang. Tepat jam 12.30 kami keluar rumah untuk menunggu van pak Man. Waktu itu baru nenek tahu yang pintu pagar tidak boleh dibuka walaupun swis dalam rumah sudah di buka. Masa van sampai kian dekat.

**********************

Motor pintu autometik nenek sudah rosak. Bunyi letupan kecil dan asap keluar dari unit motor pintu di situ. Tetapi bagaimana Amir dan Arif nak keluar pagar?? Keadaan hujan renyai dan waktu yang sudah lewat menjadikaaan menjadi gawat. Bibik mendapat idea. Bibik memanjat pagar dan kelur pagar. Dari situ bibik minta nenek membantu Amir dan Arif untuk memanjat pagar.

***********************

Dengan bantuan nenek dan Cik L:ah yang kebetulan datang, Amir dan Ariff dipaksa memanjat pagar. Amir dan Arif budak penggerun. Mereka akan turun balik setelah dinaikkan di pagar. Jadi bagaimana mereka mahu keluar. Keadaan menjadi lebih cemas bila hujan turun menjadi semakin lebat. Nenek membuat paksaaan dengan mengangkat kedua-dua mereka. Arif yang memberanikan diri untuk memanjat pagar akhirnya berjaya melepasi besi pagar.

********************************

Dengan mengangkat Amir secara berbaring, nenek berjaya mengeluarkan Amir dan telah disambut oleh bibik di luar pagar. Seelok-elok Amir berjaya keluar van pun sampai. Mereka berdua terus menaiki van ke sekolah. Kami yang tinggal ketawa terbahak-bahak mengigatkan peristiwa tadi. Dengan bantuan abang Mie melalui talian telefon, akhirnya pintu pagar berjaya dibuka melalui kaedah manual. Alhamdulillah.

*******************

Setelah balik sekolah Amir dan Arif masih tidak boleh menahan ketawa masing-masing. Mereka menganjurkan agar nenek menulis kenangan lucu ini. Amir merasa menjadi superman yang sedang terbang waktu nenek dan Cik Lah angkat dia dalam keadaan terbujur terbalik. Arif begitu bangga kerana dia telah berjaya memanjat pagar dengan bantuan nenek. Nenek menyarankan agar latihan memanjat perlu dibuat kerana mereka adalah anak lelaki yang mesti berani memanjat!!!!

********************

-tamat-

Cerpen Nenek - Kaw-kaw yang ditakuti

*Atas permintaan Amir, ariff dan Afiq, mama ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cicit mama nanti, insya-Allah.


7. "KAW-KAW" YANG DITAKUTI

"Kaw-kaw-kaw, surat khabar lama, buku lama, bateri lama......." dan entah apa lagi yang disebut. Dan nenek selalu menyambung dengan kata-kata " budak nangis lama, budak tak mau mandi, budak suka gaduh" . Suara yang mulanya jauh kian hampir. Akhirnya muncul sebuah van dan kadang-kadang lori yang agak besar lalu di hadapan rumah nenek. Aku menjadi begitu kecut perut setiap kali lori "kaw-kaw" lalu. Mungkinkah aku antara yang bahan yang dicari?

********************

Setiap lori kaw-kaw lalu Aliya dan Akil akan berlari-lari anak untuk memeluk nenek. Mereka takut tergolong dalam barang yang dicari sebab merekalah yang selalu nangis dan tak mahu mandi.Kami yang sudah besar tidak takut kerana tidak munasabah nenek akam memberikan kami kepada orang lain. Tapi Aqil, Alya dan Qais takut dengan kaw-kaw ini.

*********************

"Kaw-kaw" adalah peniaga barang-barang lama dan terbuang. Mereka akan membeli dari rumah-rumah yang ingin melupuskan barang-barang lamanya. Nenek pun selalu menjual barang lama yang tidak diperlukan. Nenek pernah menjual surat khabar lama, tin-tin susu dan barangan zink lebihan tukang membuat rumah. Mereka membeli dengan harga yang sangat murah. Biasanya Pak Chaklah yang menguruskan jual beli ini.
***********************

Semalam kaw-kaw lalu lagi. Dulu Aqil menangis bila mendengar suara "kaw-kaw". Tapi Aqil pun sudah faham yang nenek sayang dia. Aqil tidak menangis lagi malah akan memanggil "kaw-kaw" apabila ada salah seorang yang menangis. Sekarang giliran Aqil menakut-nakutkan yang lain.Aqil memang bijak. Aqil sudah tak takut lagi dengan kaw-kaw. Alya juga tak takut kaw-kaw lagi. Kaw-kaw hanya mencari barang bukan orang.
***********************

-tamat-

Cerpen Nenek - Bunga dan Daun

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.


6. BUNGA DAN DAUN

Di sekeliling rumah nenek terdapat banyak pokok-pokok bunga. Ada yang ditanam di atas tanah dan ada yang ditanam di dalam pasu. Nenek menanam pelbagai pokok bunga yang berbunga dan yang tidak berbunga. Pokok berbunga ialah seperti bunga ros, bunga raya, bunga siantan, bunga melati dan bunga kupu-kupu serta bunga kertas.

*********************

Kawasan rumah nenek kelihatan cantik sewaktu musim pokok berbunga. Ada yang berwarna merah, putih, ungu, kuning dan putih. Sunggung cantik bunga-bunga itu. Itu semua adalah ciptaan Allah yang patut dikagumi.Walaupun manusia cuba meniru untuk membuat bunga palsu, namun tidak secantik bunga betul. Tambahan pula bunga asli mempunyai bau yang sangat harum. Keharumannya juga berbeza.

*********************

Pokok berdaun pun banyak di rumah nenek. Pokok berdaun nenek tanam untuk menambahkan kesegaran di kawasan rumah nenek. Pokok dapat membekalkan oksigen kepada manusia di bumi. Tanpa pokok manusia tidak boleh hidup. Itulah indahnya ciptaan Allah itu. Kalu diperhatikan, pokok berdaun juga beranika. Ada yang berdaun lebar. Ada yang berdaun kecil dan halus. Ada juga pokok yang berdaun panjan dan lebar. Ya sungguh cantik dedaun ini.Antara pokok berdaun yang nenek tanam ialah pokok keladi, pokok palma, pokok puding, pokok semangkok dan pokok dedaun renek yang lain.

*********************

Tapi daun pokok nenek silih berganti. Daun pokok nenek akan gugur dan daun baru akan tumbuh. Inilah beza dengan buatan manusi. Sekali gugur dan patah maka tidak berganti lagi. Kami cucu nenek selalu nenek ingatkan supaya sentiasa melihat keindahan ciptaan Allah ini. Nenek kata pokok melakukan proses fotosintisis. Dia mengambil gas karbonduoksida yang kita lepaskan dan menghasilkan oksigen untuk kita gunakan.
Subhanallah, Alhamdulillah dan Allah Akbar!

******************

Daun yang gugur perlu dibersihkan. Nenek selalu menyapu daun-daun pokok ini. Kami selalu menolong nenek memungut dedaun kering. Dedaun yang reput akan menjadi makanan pokok pula. ada yang nenek bakar dan bahan yang telah terbakar pun boleh digunakan untuk membaja pokok-pokok nenek. Mujur nenek tanam pokok. Dapatlah kami melihat dan kenal akan pelbagai pokok di dunia ini.
*******************

-tamat-

Cerpen Nenek - Labah-labah

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.


5. LABAH-LABAH

Labah-labah adalah mainan nenek sewaktu nenek kecil dahulu. Di kampung memang banyak labah-labah. Nenek dan rakan-rakan menangkap labah-labah untuk di simpan dibotol kaca. Sungguh cantik labah-labah yang nenek kumpul. Ada yang merah, kuning dan biru pun ada.

***************************

Minggu lepas Amir dan Arif serta Aliya telah pergi menonton filem Upin dan Ipin. Upin dan Ipin pun ada memelihara labah-labah. Cucu nenek sibuk bercerita tentang labah-labah. Nenek mengajak mereka untuk memburu labah-labah di taman bunga nenek. Kami berjaya menagkap 2 ekor labah-labah.

***************************

Labah-labah yang dapat ditangkap berwarna kuning dan biru. Kita tidak dapat menangkap labah-labah berkaki panjang yang cepat berlari. Labah-labah bukan serangga kerana labah-labah mempunyai 8 kaki bukan 6 kaki. Labah-labah pandai membuat sarang yang sangat cantik. Hanya Allah sahaja yang mampu mengarahkan labah-labah supaya membentuk rumahnya.

***************************

Dalam cerita Rasulullah, labah-labah adalah binatang yang menolong Rasulullah daripada dikesan musuh. Labah-labah segera membina sarangnya di muka pintu gua Hira' ketika nabi bersembunyi bersama Abu Bakar. Waktu itu Rasulullah dalam perjalanan nya ke Madinah setelah dikepong oleh wakil pembesar Arab yang ingin membunuh baginda. Syabas labah-labah, Engkau telah menyelamatkan nabi kesayangan kita iaitu Nabi Muhamad saw.
***************************

-tamat-

Cerpen Nenek - Ayam Bapok

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cicit mama nanti, insya-Allah.

4. AYAM BAPOK

Ayam bapok adalah istilah yang cucu-cucu nenek guna untuk ayam segera yang dibeli dari pasaraya. Banyak jenama ayam segera dalam pasaran , namun Ayam mas adalah ayam kegemaran cucu nenek. Ariff adalah cucu yang paling suka akan ayam bapok itu.

*****************************

Setiap kali makan cucu nenek terutama Arif akan meminta ayam bapok untuk dijadikan lauk. Amir sudah mula belajar untuk memakan lauk-lauk lain termasuk sotong, ikan dan pelbagai jenis sayuran.Nenek sudah banyak kali meminta Arif mencuba makanan lain selain ayam bapok, tapi dia masih tidak mahu. Sampai bila Arif akan suka ayam bapok???

*****************************

Afiq dan Aliya pun suka ayam bapok. Tapi mereka masih mahu makan benda lain juga. Ada pantun ayam bapok yang nenek karang:

Dalam parit mencari ikan,
Ikan dicari dihari Selasa,
Rasanya enak sedap dimakan,
Rangup dan pedas bercampur rasa.

Pergi pekan membeli pari,
Pergi berdua suatu pagi,
Bila makan menjilat jari,
Habis dua masih nak lagi.

Kena siasat rumah cik Nyonya,
rumah pengantin sangatlah besar,
Ayam berkhasiat sedap rasanya,
Kandungan protin bantu tumbesar.

Bunga pekan berbatang renek,
hidup di tanah depan rumahku,
Ketika makan tak ingat nenek,
Tak pernah tinggal walau sebuku.

**************************
-tamat-

Cerpen Nenek - Si Tupai Yang Nakal

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.


3) SI TUPAI YANG NAKAL

Musim buah-buahan telah tiba. Banyak buah-buahan di kawasan rumah nenek. Ada buah rambutan, jambu bol, jambu air dan buah mangga. Pada musim buah banyak haiwan yang gembira. Antara binatang yang bergembira ialah si tupai. Si tupai akan melompat dari pokok ke pokok untuk memakan buah-buahan yang sudah masak. Satu lagi tabiat tupai ialah dia hanya memakan sedikit daripada buah-buahan lantas berpindah ke buah yang lain.

************************

Buah yang tupai paling suka ialah buah kelapa muda. Banyak buah kelapa nenek yang berlubang dan gugur sebelum tua. Walaupun banyak buah yang lain, nampaknya tupai lebih suka menebuk buah kelapa muda nenek. Tupai tidak pernah menghabiskan buah yang ditebuknya.

***********************

Nenek selalu menghalau tupai. Nenek menghalau dengan cara menjerit atau bertepuk tangan. Tupai akan lari untuk seketika tetapi kemudian datang balik. Nenek amat geram dengan perangai tupai ini. Nenek meminta Abang Mie untuk menangkap tupai yang nakal itu.

***********************

Abang Mie telah memasang perangkap dengan menggunakan perangkap tikus. Abg Mie telah meletakkan kelapa muda dalam perangkap itu. Kerana terlalu gelojoh, tupai telah masuk ke dalam perangkap untuk memakan kelapa muda itu. Sebaik-baik tupai menarik kelapa itu, pintu perangkap tertutup. Tupai terkejut tapi sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Walaupun tupai telah berusaha untuk keluar, tupai telah gagal kerana perangkap itu dibuat daripada besi.

************************

Setelah lama berusaha, tupai keletihan. Tupai sudah berputus asa. Setelah abang Mie sampai abng Mie telah memasukkan tupai ke kandang kucing yang tidak terpakai. Cucu nenek berebut-rebut untuk melihat si tupai yang nakal dari dekat. Tupai amat marah kerana menjadi tontonan kanak-kanak. Si tupai yang nakal cuba mengigit besi kurungan tapi masih tidak berjaya. Tingallah tupai di dalam kurungan di taman bunga nenek. Sejak itu kelapa nenek tidak berlubang lagi.

-tamat-

Cerpen Nenek - Kicauan Burung

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.
.
.
2. KICAUAN BURUNG

Setiap pagi banyak burung berkicauan di sekeliling rumah nenek. Burung-burung seoalah-seolah mengigatkan antara satu lain tentang hari sudah siang. Burung-burung saling berbalas siulan. Mereka seolah-olah memahami antara satu sama lain. Burung yang berlainan jenis menjadikan bunyi-bunyi indah yang berlainan pula. Kadang-kadang kicauan mereka seolah-olah boleh diterjemahkan dalam bahasa manusia. Cucu nenek amat suka mendengar kicauan burung ini.

*********************

Antara bunyi-bunyi yang biasa kedengaran ialah:
" Endi bocahe" , yang bermaksud mana budaknya
"Tangi-tangi wes awan kok" maksudna bangun-bangun hari dah siang
"Arek mareng di yo" - nak pergi mana ye
Itulah antara terjemahan siulan burung. Nenek kata, moyang yang telah beri tahu nenek pasal ini.

*********************

Seketika lagi suara burung hilang. Ke mana mereka? Sebenarnya semua burung telah terbang untuk mencari makanan pada hari itu. Mereka sudah ada tempat-tempat biasa yang mereka kunjungi. Burung mencari ulat-ulat di pokok-pokok yang ada. Burung juga akan memakan buah-buahan yabg sudah ranum.

*********************

Pada musim buah-buahan , kawasan rumah nenek juga akan menjadi tempat burung mencari makanan. Burung terbang dari pokok ke pokok sambil bersiul riang. Ada banyak burung yang cantik-cantik di atas pokok durian dan jambu di belakang bilik nenek. Ada yang berwarna kuning, kelabu, merah dan biru dan ada yang berbintik-bintik kelabu. Sungguh cantik burung-burung itu.

*********************

Burung juga makhluk Allah. Burung sejenis binatang ajaib. Mereka boleh terbang tinggi dan hinggap di mana-mana pokok yang mereka suka. Tentu burung lebih tahu tentang kawasan rumah kita sebab mereka memandang dari arah yang tinggi. Setelah hari hampir senja burung akan pulang ke sarang. Nenek dan cucu nenek pasti akan mendengar kicauan burung sekali lagi. Esok burung akan berkicau lagi....

-tamat-

Cerpen Nenek - Rumput Oh Rumput

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.


1) RUMPUT OH RUMPUT

Di sebuah kampung, tinggal sebuah keluarga besar. Di situ tinggal datuk, nenek, anak-anak yang belum berkahwin dan sebahagian daripada cucu-cucunya. Nenek banyak menanam bunga-bungaan di sekeliling rumahnya. Kebanyakan pokok bunga, nenek tanam di dalam pasu. Sungguh subur tanaman pokok bunga nenek itu.

****************************

Nenek juga ada menanam pokok buah-buahan di kawasan sekeliling rumah. Nenek menanam pokok pisang, rambutan, jambu, belimbing, jambu batu, mangga, kelapa, manggis, dan ciku sert durian. Cucu-cucu nenek amat gembira apabila musim buah-buahan tiba. Nenek akan memetik buah-buahan untuk saudara mara yang datang dan cucu-cucunya. Pada musim buah-buahan, banyak haiwan seperti burung, monyet dan tupai turut gembira. Haiwan-haiwan ini akan menjamu selera di pokok nenek.

****************************

Kawasan rumah nenek juga ditumbuhi rumput-rumput yang hijau. Nenek akan mengupah orang untuk memesin rumput ketika rumput sudah panjang. Ada macam-macam jenis rumput yang tumbuh. Ada yang menjalar dan ada yang meninggi . Lalang pun ada juga.Pada waktu pagi rumput kelihatan cantik dengan beraneka warna bunganya.Tambahanketika diliputi embun pagi. Dalam banyak-banyak rumput, rumput yang banyak mendatangkan masalah ialah rumput kemuncup.

****************************

Kenapa dikatakan bermasalah? Rumput kemuncup ini akan tumbuh dengan banyaknya. Walaupun kelihatan cantik dari jauh, tapi rumput ini selalu menganggu nenek dan cucu nenek sewaktu bermain di luar. Bunga kemuncup akan melekat pada baju dan seluar mereka yang lalu di atasnya. Kerja menyidai pakaian basuhan juga sering terganggu dengan adanya rumput kemuncup ini.

*****************************

Untuk membuang rumput kemuncup yang banyak ini, nenek sering mengadakan pertandingan mencabut rumput di kalangan cucu-cucu yang tinggal bersama nenek di rumah besar ini. Pertandingan biasanya diadakan pada pagi Sabtu dan Ahad sewaktu cucu nenek tidak bersekolah. Amir, Arif, Afiq dan Alia sering meyertai pertandingan itu. Nenek meminta cucunya mengira setiap rumput yang berjaya dicabut. Mereka berebut-rebut untuk menjadi juara.

******************************

Selepas hari kian panas, nenek akan berhenti daripada membuat kerja di taman. Nenek dan cucu-cucu akan berhenti dan berehat di rumah. Nenek akan membelaja aiskrim kepada cucu-cucunya.Mereka sangat gembira. sebenarnya bukan hasil kerja yang nenek inginkan. Nenek sebenarnya mengajar cucu nenek untuk suka menolong orang tua. Selain itu cucu nenek juga dapat belajar matemati melalui kiraan yang dibuat. Cucu nenek juga akan tahu banyak jenis-jenis rumput yang ada. Nenek juga tidak lupa untuk mengigatkan cucunya, yang Allahlah yang menghidupkan rumput dan pokok-pokok yang lain di dunia ini.

******************************

Rumput oh rumput. Kau tumbuh menghijau. Kau sungguh cantik dan halus. Sungguh cantik ciptaan Allah. Tanpa rumput kawasan rumah nenek mesti panas. Tanpa rumput rumah nenek mesti kontang dan kering. Rumput juga memberi kita oksigen. Rumput membolehkan manusia dapat bernafas . Rumput oh rumput.

******************************
-tamat-

Saturday, March 28, 2009

Pantun Nenek

Pantun nenek untuk cucu-cucu kesayanganye

(Amir)

Nampak kasar sibunga kertas,
bersepahan ia di atas kotak,
Giginya besar di bahagian atas,
Ada yang hitam kerana rosak.

Mari minum sirap yang manis,
makan pulut bercicah kari,
Bila tersenyum nampak manis,
Buka mulut rasa nak lari.

Duduk mengiring di tepi tangga,
Menunggu giliran untuk ke perigi,
Suara nyaring bingit telinga,
Bila menangis apatah lagi.

Cantik sungguh si tuan puteri,
tujuh beradik sering tergelak,
Belajar bersungguh sepenuh hati,
Tanda cerdik dah besar kelak.

Duduk melopong nampak pelik,
Ketawa terkekek sampai semput.
Gemar menolong mama dan nenek,
menjaga adik dan mencabut rumput.

(Arif)

Banyak nyamuk yang sudah berdarah,
Pukul seekor bertambah pula,
Suka mengamok bila marah,
Susah nak tegur degil pula.

Nampak ketam di dalam kotak,
Masak gulai dicampur tairu,
Giginya hitam tanda dah rosak,
Entah bila tumbuh yang baru.

Nampak sang bulan di langit biru,
Terbit bila terbenam matahari,
Semua soalan jawab tak tau,
Senanglah dia melepas diri.

Daun turi selalu dicantas,
masak nangka campur kuini,
Pandai menari di atas pentas,
Semua tak sangka si dia ini.

Tamat sudah waktu berkelah,
Penat sungguh lepas berenang,
Tidak mudah mengaku kalah,
Kalau bergaduh mesti nak menang.

(Afiq)

Pasang belat mesti cekap.
Baru mahu ikan menggena,
Lidah pelat bila bercakap,
Tapi tak malu untuk bercerita.

Nasi goreng baru dibuat,
Sedap sungguh seenak rasa,
Badan keding tapi kuat,
Pasal bergaduh serah kat dia.

Mari naik ke atas kapal,
Terus buka semua lampu,
Depan baik belakang nakal,
Sangat suka bila diampu.

Datang si dia dijamu keledek,
Keledek ditanam di rumah adik,
Sekarang dia sudah cerdik,
Menolong nenek menjaga adik.

Naik beca di negeri Perlis,
Beca baru atas terbuka,
Rajin belajar baca dan menulis,
Walau baru masuk tadika.

(Alia)

Masak lemang di tepi paya,
Kalau panas pakai terendak,
Menangis memang hobi dia,
Walau dipujuk berhenti tidak.

Tangkap ikan di dalam parit,
Masak lemak bercampur lada,
Menangis bukan kerana sakit,
Menangis dia sekadar mengada.

Masak lemak sayur pegaga,
Sedap dicampur daun keledek,
Naik lemak lebih mengada,
Bila mak dan ayah dah balik.

Burung pipit sedang mengeram,
Jelas nampak di pohon mangga,
Rasa nak cubit sebab geram,
Pakkal mak dan bapak dia dah ada.

Kacang panjang buah petola,
dicampur dengan sayur melati,
Rambut panjang dan lebat pula,
Cantik ditocang nampak jelita.

(Aqil)

Ambil sekepal daun keledek,
Dimasak kari dengan jagung,
Badan gempal nampak pendek,
Bila berlari bergoyang punggung.

Boleh dipakai si kapur barus,
Ditumbuk halus bersama kuini,
Cakap tak pandai bertindak terus,
Tanda genius si budak ini.

Tanam petola di tepi kali,
Berbuah lebat di hujung sana,
Menendang bola hebat sekali,
Gaya lebih tak kuat mana.

Masak peria di tepi pantai,
Cuba dijual tapi tak laku,
Berjoget dia memang tak pandai,
Cuba buat tetapi kaku.

Bunga kiambang si pohon asem,
ditanam depan rumah cik nyonya,
Hidung kembang tapi hensem,
Seiras dengan rupa ayahnya.

(Qays)

Kain putih di atas loteng,
Untuk menampal seluar adik,
Kulit putih rambut kerinting,
Badannya gempal nampak pendek.

Buat begedel dicampur sagu,
Untuk makanan orang di sana,
Suka membebel setiap waktu,
Satu perkataan pun tak ada makna.

Pokok renek tumbuh melata,
Dibuat ulam bersama kari,
Sayang nenek tidak terkira,
Bila ternampak terus berlari.

Pergi ke kedai membeli tahu,
Tahu dimasak di rumah jiran,
Selalu menyoal tanda tak tahu,
Ha ha ha selalu kedengaran.

Bunga cempaka di atas peran,
Disimpan pula belakang kuali,
Mendengar cerita suatu kegemaran,
Perlu diulang berkali-kali.


(Dani)

Buah ranum memang manis,
Mari dimakan di dalam puan,
Sering tersenyum kelihatan manis,
Tersilap pandang dikata perempuan.

Pergi ke pekan membeli tali,
Tali sabut pengikat kapak,
Silap makan jangan sekali,
Kelak semput susah mak bapak.

Di tepi kolah terdapat tali,
Untuk menambat kayu di galah,
Pergi sekolah liat sekali,
Tidur lambat siapa yang salah.

Bermain layang bertali guni,
di sawah padi dan lapang pula,
Menonton wayang kegemaran Dani,
Muga tak jadi kaki wayang pula.

Pergi berjanjen di rumah cik Wok,
Suaranya merdu sedap sekali,
Sekarang dah rajin membuat homework,
Ayah tak perlu nak tolong lagi.

(Nurul)

Masak bertih di tepi kali,
Sambil minum tersenyum-senyum,
Kulit putih cantik sekali,
Bila tersenyum terkulum-kulum.

Pokok pakis di tepi jalan,
Pokok pandan di tepi kali,
Pandai melukis semua gambaran,
Cantik dipandang berkali-kali.

Senyum simpul dari si puteri,
Tidak mabuk walau berlari,
Lukisan dikumpul disimpan rapi,
Ada blog boleh dilayari.

Untuk memetik begitu payah,
Jatuh ke bawah sampai basah,
Sayang adik, ibu dan ayah,
Nak berpisah cukup susah.

Masak tumis dalam kuali,
Rebus telur sebiji lagi,
Kalau menangis lama sekali,
Dah bangun tidur boleh sambung lagi.

(Aqilah)

Kain putih disarung che Anis,
Mari dibawa ke tepi perigi,
Kulitnya putih mukanya manis,
Bila ketawa ternampak gigi.

Tanam kesum di tepi kali,
Buah manggis ditimbang kati,
Kalau tersenyum manis sekali,
Sekali menangis susah berhenti.

Naik perahu pergi ke kuala,
Jangan keluar waktu belayar,
Pakai baju dia suka,
Tapi seluar jarang nak pakai.

Periok kera di atas para,
sayur kangkung dan juga terung,
Kalau gembira dia ketawa,
Minta dukung tak mau turun.

Buat kerisik di atas dapur,
Cukup empuk dicampur tepung,
Jangan diusik jagan ditegur,
Takut mengamuk riuh sekampung.


(Ayra)

Buah kuini tinggal sedikit,
Lobak putih jangan dimasak,
Si cilik ini kerap sakit,
Lepas bertih cirit pulak.

Kacang panjang mudah tumbuh,
Lobak merah payah sekali,
Cirit yang panjang tak sembuh-sembuh,
Punggung merah sakit sekali.

Bina parit di tepi kuala,
Tanam papaya di hari selasa,
Sembuh cirit demam selsema pula,
Bila agaknya dapat tidur selesa?

Bunga raya si bunga kertas,
Jangan harap boleh disimpan,
Memang Ayra budak tangkas,
Dah meniarap dan gerak ke depan.

Masak kari dan sambal udang,
Buat rojak campur peria,
Boleh berdiri bila dipegang,
Melonjak-lonjak sangat gembira.

(Hana)

Lihat di sana si buah terung,
Pucuk pakis si daun selom,
Montelnya Hana bila ditenung,
Mukanya manis bila tersenyum.

Makan cekodok sambil bersandar,
Daun betik jangan dibakar,
Badannya montok mukanya bundar,
Hidung cantik walaupun mekar.

Tepung gomok sedap dirasa,
Jangan makan sambil berdiri,
Suka mengamok bila tak selesa,
Pantang ditinggal seorang diri.

Ikan kembung si ikan pari,
Mari dimasak jangan tawar,
Perut kembung setiap hari,
Minyak telon jadi penawar.

Membeli kerang di dalam pasar,
Jangan lupa membeli asam,
Tentu sekarang sudahla besar,
Bila jumpa pasti tak cam.

(Penutup)

Pergi belanja di kedai Tok nek,
Beli susu dan serai wangi,
Sekian sahaja pantun nenek,
Perihal cucu yang dikasihi.

Ikan kekek si ikan keli,
Di dalam baldi di rumah cina,
Harapan nenek besar sekali,
Kalian menjadi orang berguna.

Friday, March 27, 2009

Love


Friday, March 6, 2009

Rainbow


Castle


@ Kampung


D'Taman 3


D'Taman 2


D'Taman