Selamat datang ke Galeri Seni Kakak. Tempat untuk kakak letak hasil kerja akak untuk tatapan nenek dan semua makcik-makcik..
RSS

Monday, March 30, 2009

Cerpen Nenek - Si Tupai Yang Nakal

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.


3) SI TUPAI YANG NAKAL

Musim buah-buahan telah tiba. Banyak buah-buahan di kawasan rumah nenek. Ada buah rambutan, jambu bol, jambu air dan buah mangga. Pada musim buah banyak haiwan yang gembira. Antara binatang yang bergembira ialah si tupai. Si tupai akan melompat dari pokok ke pokok untuk memakan buah-buahan yang sudah masak. Satu lagi tabiat tupai ialah dia hanya memakan sedikit daripada buah-buahan lantas berpindah ke buah yang lain.

************************

Buah yang tupai paling suka ialah buah kelapa muda. Banyak buah kelapa nenek yang berlubang dan gugur sebelum tua. Walaupun banyak buah yang lain, nampaknya tupai lebih suka menebuk buah kelapa muda nenek. Tupai tidak pernah menghabiskan buah yang ditebuknya.

***********************

Nenek selalu menghalau tupai. Nenek menghalau dengan cara menjerit atau bertepuk tangan. Tupai akan lari untuk seketika tetapi kemudian datang balik. Nenek amat geram dengan perangai tupai ini. Nenek meminta Abang Mie untuk menangkap tupai yang nakal itu.

***********************

Abang Mie telah memasang perangkap dengan menggunakan perangkap tikus. Abg Mie telah meletakkan kelapa muda dalam perangkap itu. Kerana terlalu gelojoh, tupai telah masuk ke dalam perangkap untuk memakan kelapa muda itu. Sebaik-baik tupai menarik kelapa itu, pintu perangkap tertutup. Tupai terkejut tapi sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Walaupun tupai telah berusaha untuk keluar, tupai telah gagal kerana perangkap itu dibuat daripada besi.

************************

Setelah lama berusaha, tupai keletihan. Tupai sudah berputus asa. Setelah abang Mie sampai abng Mie telah memasukkan tupai ke kandang kucing yang tidak terpakai. Cucu nenek berebut-rebut untuk melihat si tupai yang nakal dari dekat. Tupai amat marah kerana menjadi tontonan kanak-kanak. Si tupai yang nakal cuba mengigit besi kurungan tapi masih tidak berjaya. Tingallah tupai di dalam kurungan di taman bunga nenek. Sejak itu kelapa nenek tidak berlubang lagi.

-tamat-

0 comments: