Selamat datang ke Galeri Seni Kakak. Tempat untuk kakak letak hasil kerja akak untuk tatapan nenek dan semua makcik-makcik..
RSS

Monday, March 30, 2009

Cerpen Nenek - Bunga dan Daun

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.


6. BUNGA DAN DAUN

Di sekeliling rumah nenek terdapat banyak pokok-pokok bunga. Ada yang ditanam di atas tanah dan ada yang ditanam di dalam pasu. Nenek menanam pelbagai pokok bunga yang berbunga dan yang tidak berbunga. Pokok berbunga ialah seperti bunga ros, bunga raya, bunga siantan, bunga melati dan bunga kupu-kupu serta bunga kertas.

*********************

Kawasan rumah nenek kelihatan cantik sewaktu musim pokok berbunga. Ada yang berwarna merah, putih, ungu, kuning dan putih. Sunggung cantik bunga-bunga itu. Itu semua adalah ciptaan Allah yang patut dikagumi.Walaupun manusia cuba meniru untuk membuat bunga palsu, namun tidak secantik bunga betul. Tambahan pula bunga asli mempunyai bau yang sangat harum. Keharumannya juga berbeza.

*********************

Pokok berdaun pun banyak di rumah nenek. Pokok berdaun nenek tanam untuk menambahkan kesegaran di kawasan rumah nenek. Pokok dapat membekalkan oksigen kepada manusia di bumi. Tanpa pokok manusia tidak boleh hidup. Itulah indahnya ciptaan Allah itu. Kalu diperhatikan, pokok berdaun juga beranika. Ada yang berdaun lebar. Ada yang berdaun kecil dan halus. Ada juga pokok yang berdaun panjan dan lebar. Ya sungguh cantik dedaun ini.Antara pokok berdaun yang nenek tanam ialah pokok keladi, pokok palma, pokok puding, pokok semangkok dan pokok dedaun renek yang lain.

*********************

Tapi daun pokok nenek silih berganti. Daun pokok nenek akan gugur dan daun baru akan tumbuh. Inilah beza dengan buatan manusi. Sekali gugur dan patah maka tidak berganti lagi. Kami cucu nenek selalu nenek ingatkan supaya sentiasa melihat keindahan ciptaan Allah ini. Nenek kata pokok melakukan proses fotosintisis. Dia mengambil gas karbonduoksida yang kita lepaskan dan menghasilkan oksigen untuk kita gunakan.
Subhanallah, Alhamdulillah dan Allah Akbar!

******************

Daun yang gugur perlu dibersihkan. Nenek selalu menyapu daun-daun pokok ini. Kami selalu menolong nenek memungut dedaun kering. Dedaun yang reput akan menjadi makanan pokok pula. ada yang nenek bakar dan bahan yang telah terbakar pun boleh digunakan untuk membaja pokok-pokok nenek. Mujur nenek tanam pokok. Dapatlah kami melihat dan kenal akan pelbagai pokok di dunia ini.
*******************

-tamat-

2 comments:

donat montel said...

menarik....bagus untuk mendidik kanak-kanak..didikan secara halus...insyaAllah meresap masuk dalam jiwa anak-anak.tahniah...

donat montel said...

teruskan menulis...dapat membantu mendidik anak-anak secara halus..insyaAllah..tahniah..