Selamat datang ke Galeri Seni Kakak. Tempat untuk kakak letak hasil kerja akak untuk tatapan nenek dan semua makcik-makcik..
RSS

Monday, March 30, 2009

Cerpen Nenek - Rumput Oh Rumput

*Atas permintaan Amir, Ariff dan Afiq, nenek ingin meninggalkan beberapa kisah dan cerita kanak-kanak untuk tatapan mereka setelah pandai membaca nanti. Kalau tidak pun untuk dijadikan bahan bacaan di kalangan cucu-cicit nenek nanti, insya-Allah.


1) RUMPUT OH RUMPUT

Di sebuah kampung, tinggal sebuah keluarga besar. Di situ tinggal datuk, nenek, anak-anak yang belum berkahwin dan sebahagian daripada cucu-cucunya. Nenek banyak menanam bunga-bungaan di sekeliling rumahnya. Kebanyakan pokok bunga, nenek tanam di dalam pasu. Sungguh subur tanaman pokok bunga nenek itu.

****************************

Nenek juga ada menanam pokok buah-buahan di kawasan sekeliling rumah. Nenek menanam pokok pisang, rambutan, jambu, belimbing, jambu batu, mangga, kelapa, manggis, dan ciku sert durian. Cucu-cucu nenek amat gembira apabila musim buah-buahan tiba. Nenek akan memetik buah-buahan untuk saudara mara yang datang dan cucu-cucunya. Pada musim buah-buahan, banyak haiwan seperti burung, monyet dan tupai turut gembira. Haiwan-haiwan ini akan menjamu selera di pokok nenek.

****************************

Kawasan rumah nenek juga ditumbuhi rumput-rumput yang hijau. Nenek akan mengupah orang untuk memesin rumput ketika rumput sudah panjang. Ada macam-macam jenis rumput yang tumbuh. Ada yang menjalar dan ada yang meninggi . Lalang pun ada juga.Pada waktu pagi rumput kelihatan cantik dengan beraneka warna bunganya.Tambahanketika diliputi embun pagi. Dalam banyak-banyak rumput, rumput yang banyak mendatangkan masalah ialah rumput kemuncup.

****************************

Kenapa dikatakan bermasalah? Rumput kemuncup ini akan tumbuh dengan banyaknya. Walaupun kelihatan cantik dari jauh, tapi rumput ini selalu menganggu nenek dan cucu nenek sewaktu bermain di luar. Bunga kemuncup akan melekat pada baju dan seluar mereka yang lalu di atasnya. Kerja menyidai pakaian basuhan juga sering terganggu dengan adanya rumput kemuncup ini.

*****************************

Untuk membuang rumput kemuncup yang banyak ini, nenek sering mengadakan pertandingan mencabut rumput di kalangan cucu-cucu yang tinggal bersama nenek di rumah besar ini. Pertandingan biasanya diadakan pada pagi Sabtu dan Ahad sewaktu cucu nenek tidak bersekolah. Amir, Arif, Afiq dan Alia sering meyertai pertandingan itu. Nenek meminta cucunya mengira setiap rumput yang berjaya dicabut. Mereka berebut-rebut untuk menjadi juara.

******************************

Selepas hari kian panas, nenek akan berhenti daripada membuat kerja di taman. Nenek dan cucu-cucu akan berhenti dan berehat di rumah. Nenek akan membelaja aiskrim kepada cucu-cucunya.Mereka sangat gembira. sebenarnya bukan hasil kerja yang nenek inginkan. Nenek sebenarnya mengajar cucu nenek untuk suka menolong orang tua. Selain itu cucu nenek juga dapat belajar matemati melalui kiraan yang dibuat. Cucu nenek juga akan tahu banyak jenis-jenis rumput yang ada. Nenek juga tidak lupa untuk mengigatkan cucunya, yang Allahlah yang menghidupkan rumput dan pokok-pokok yang lain di dunia ini.

******************************

Rumput oh rumput. Kau tumbuh menghijau. Kau sungguh cantik dan halus. Sungguh cantik ciptaan Allah. Tanpa rumput kawasan rumah nenek mesti panas. Tanpa rumput rumah nenek mesti kontang dan kering. Rumput juga memberi kita oksigen. Rumput membolehkan manusia dapat bernafas . Rumput oh rumput.

******************************
-tamat-

0 comments: